Saturday, July 5, 2014

Sebuah Bengkel di Pekan Dengkil

Puan E baru 4 bulan dipanggil bekerja bersama bapanya. Selain sebagai pegawai khidmat pelanggan beliau juga diminta menguruskan akaun perniagaan gril bapanya yang sedang berkembang pesat. Langkah Puan E seterusnya setelah baru sahaja menjalani kursus mengenai bahan-bahan dan produk-produk berkaitan perniagaan gril beliau berazam menjayakan amalan 5S di bengkel bapanya. Ditanya bagaimana beliau mengetahui mengenai 5S, beliau menjawab '5S adalah amalan ditempat kerja lama saya'.