Thursday, December 20, 2012

Saturday, December 15, 2012

Wednesday, December 12, 2012

Sunday, December 9, 2012

5S Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor


Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Johor (JKSJ) diatas usaha berterusan untuk mengamalkan 5S. Kursus Motivasi Pengamalan 5S Secara Berterusan adalah bukti kesungguhan Jabatan untuk menjayakannya. Kehadiran 'Top Management Level' sungguh memberikan semangat kepada anak-anak buah Jabatan yang hadir dari semua daerah seluruh Johor. Tidak hairanlah mengapa JKSJ merupakan finalis Anugerah Persekitaran Kualiti (QE) 5S Peringkat Kebangsaan 2012 meskipun baru mendapat Pensijilan tahun pertama. Saya berasa bertuah dan berbangga dan mengucapkan jutaan
terima kasih kerana dipanggil untuk menjayakan Kursus.

Friday, December 7, 2012

Stesen Petronas Mesra-Alam & Mesra Pelanggan RM20 Juta

Dari SinarHarian 7 Dis 2012:-PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran serentak pelancaran stesen berkembar dengan konsep baru pertama, Petronas Solaris Putra dan Petronas Solaris Serdang bernilai RM20 juta di Kajang.
No 12 iaitu nombor Stesen Pam Minyak yang jelas kelihatan memudahkan pelanggan.




Thursday, December 6, 2012

Papan Tanda Jalan Terlindung Dahan Pokok

Keadaan papan tanda jalan yang terlindung daun ini memang sering kita temui. Cabarannya selagi tiada komplen dari pengguna jalan kepada pihak yang berwajib terhadapnya akan berlarutanlah masalah yang dihadapi iaitu pengguna tak nampak arah jalan yang ingin dituju.

Siapakah Yang Empunya Kunci Ini?

Mengikut kata salegirl The-Store' ini kunci-kunci tersebut telah berada disitu masuk hari ke-3.
Pengajaran dari kes ini memang baguslah kalau dapat no telefon dilekatkan bersama kunci.

Perkhidmatan 'Part-Time Maid'

Satu petang dalam perjalanan ke Selayang saya telah ternampak Van ini dan segera merakamkan gambarnya. Kebetulan semasa melawat MAHA 2012 saya telah pun mendapat maklumat tentang bisnes franchise 'Pro-Cleaner' ini.