Tuesday, November 20, 2012

5S Dusun Durian

Penggunaan bahan-bahan recycle untuk tujuan menakung air.
Sisih(bunuh) pokok yang tak produktif.
Menanam durian 'Musang-King'.

Friday, November 16, 2012

Operasi Sisih 1 Muharam 1434@15 November 2012

Bila datang tahun baru antara aktiviti yang lazimnya dibuat adalah SISIH. Maka kami pun pagi-pagi lagi sekeluarga pergi ke rumah di Taman Mawar Bandar Baru Salak Tinggi. Rumah yang telah pun berusia 14 tahun itu kini belum disewa dan masih banyak perabut serta barang-barang lama di dalamnya. Operasi sisih bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.
Banyak barang-barang yang dulunya sayang nak buang...akhirnya didapati menyemakkan ruang stor!

Sedang kami melonggokkan 'hasil-sisih' tiba-tiba lalu pula badan kebajikan yang mengumpulkan barang elektrik lama. Teringat saya sifu 5S kata sisih yang terbaik adalah juga dengan mendermakannya atau pun jika boleh dijual baguslah dijualkan.